INFAQ DANA DAKWAH

Al-Hamdu Lillaah Wasy- Syukru Lillaah,
.
.
.
Jutaan Terima Kasih atas kesudian Tuan/CikPuan/Dato’/Datin untuk mengunjungi halaman
Dana Dakwah Madrasah ini.
.
.
.,
Semoga Allaah memberkati, merahmati dan melimpah ruahkan lagi rezeki serta melipatgandakan ganjaran pahala kebaikan dan kebajikan atas niat dan kesungguhan Tuan/CikPuan/Dato’/Datin untuk memberikan perhatian dan bersiap sedia bersama-sama menyokong perjuangan kami.
.
.
.
Ahlan Wa Sahlan Dan Salam Kasih Sayang Daripada Kami .
MADRASAH DARUL ISLAH adalah sebuah Institusi Pengajian Bersistemkan Pondok Tradisional yang pertama di Negeri Sembilan berdaftar dengan JHEAINS (No. rujukan pendaftaran: 41-133/2012)
.
.
.
.
Madrasah ini ditubuhkan semenjak tahun 2011 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.
.
.
SEJARAH PENUBUHAN
• Pecah Tanah – Mei 2011
• Mula Beroperasi (Bulan Ramadhan 1432) – Ogos 2011
• Mula Menerima Pelajar – Disember 2012
.
.
OBJEKTIF PENUBUHAN
• Menghidupkan Serta Mengekalkan Sistem Pengajian Pondok Tradisional.
• Memperkenalkan sistem pengajian halaqah islam secara bertalaqqi kepada masyarakat islam setempat.
• Menerapkan nilai-nilai kerohanian islam dalam diri setiap pelajar.
• Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi para ulama’ islam yang unggul.
• Melahirkan Pelapis Ilmuan Islam (Modal Insan) yang berkualiti dari segi rohani, fizikal dan mental serta mampu untuk memikul tugas sebagai seorang dai’e (pendakwah bebas).
.
.
PENGISIAN KEROHANIAN
Madrasah ini mengaplikasikan Sistem Pengajian Pondok Tulen dengan menggunakan kitab-kitab turas dan kaedah-kaedah pengajian yang diguna pakai oleh ulama’ silam yang muktabar. Ianya meliputi pelbagai bidang mata pelajaran ilmu yang terdiri daripada Usuluddin, Feqah, Tasawwuf.
.
.
.
SUMBER DANA KEWANGAN
• Yuran bagi pelajar yang berkemampuan (Bulanan = 36% daripada keseluruhan kos operasi)
• Bantuan Perkapita JAKIM (Tahunan = Khas untuk pembangunan sahaja)
• Bantuan Perkapita JHEAINS (Secara tahunan = 2.6% daripada keseluruhan kos operasi tahunan)
• Sumbangan orang ramai (Sumber terbesar bagi menampung kos keseluruhan operasi)
.
.
.
ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN
1- Makan & Minum = RM 3000
2- Bil-Bil Utiliti (Elektrik, Air & Internet) = RM 1000
3- Saguhati Tenaga Pengajar & Kakitangan = RM 5000
Jumlah Keseluruhan = RM 9000
.
.
.
.
Dengan harapan membuka peluang kepada Tuan/CikPuan/Dato’/Datin yang berbesar hati untuk turut bersama-sama dengan kami bagi merealisasikan matlamat tersebut, Institusi ini telah mewujudkan sebuah Tabung Dana Dakwah Madrasah bagi menerima segala bentuk derma & sumbangan yang ingin dihulurkan.
.
.
Mudah-mudahan ianya akan menjadi sebagai saham & bekalan pada hari yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T.
.
.
.
Untuk makluman Tuan/CikPuan/Dato'/Datin, kesemua Dana Infaq akan digunakan untuk segala bentuk tujuan & keperluan bagi menjayakan misi dakwah Madrasah Darul Islah.
.
.
Jazaakumullaahu khoirul jaza'.
Terima Kasih Daun Keladi,
Hanya Allaah Mampu Membalas Budi.
"Bandingan mereka yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. "
(Al-Baqarah : 261)
***MAKLUMAN***
Bagi Tuan/CikPuan/Dato’/Datin yang tiada alamat email, sila gunakan email ini diruangan email :
fieezy85@gmail.com